Friday, 18 April 2014

Keamanan by Jes Ebrahim

link Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=mohVNhuwB7U

Dengar tak tangisan si anak kecil
Akibat cerita derita manusia degil
Lihat tak wajah-wajah sedih nan muram
Insan berentap bertikah menembak geram

Peluru meluru bom meledak gelegar
Ibu jerit sakit papa luka anak teriak duka
Tubuh tumbang masuk parit
Mata terbeliak mulut kaku terbuka

Dengar tak tangisan si anak kecil
Akibat cerita derita manusia degil
Lihat tak wajah-wajah sedih nan muram
Insan berentap bertikah menembak geram

Peluru meluru bom meledak gelegar
Ibu jerit sakit papa luka anak teriak duka
Tubuh tumbang masuk parit
Mata terbeliak mulut kaku terbuka

Insan sengketa
Mangsa derita
Apakah dosa kita

Yang hidup terus bertanya
Ke mana perginya...ke mana perginya...
Si anak kecil terus bertanya
Ke mana perginya...ke mana perginya...
KEAMANAN

Sekarang, sekarang
Sekarang, sekarang
Mahu aman, mahu dunia aman
Mahu aman, mahu dunia aman



Komen: Ke mana perginya keamanan. Ke mana perginya kemanusiaan. Persengketaan insan di muka bumi ini menyebabkan ramai nyawa lain yang terkorban. Setiap orang harus sedar terutama para pemimpin. Bahawa setiap keputusan mereka memberi natijah yang bukan sahaja kepada negara tetapi manusia itu sendiri. Daripada lagu ini, keadaan mereka yang terkorban akibat keentengan para pemimpin dunia yang saling bercakaran dan sikap tamak, cuba ditunjukkan. Anak-anak yang kehilangan ibu bapa. Suami isteri yang menjadi duda dan balu. Kesakitan yang mereka alami tiada siapa dapat merasainya melainkan mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment